Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
HomeAssalamualaikum, Kehadiranmu Amatku Hargai, Sahabat...Jan 24, 2008



Blog EntryDec 1, '11 10:07 AM
for everyone

benar mahal harga yang perlu dibayar utk sebuah kejayaan, kebahagiaan....

Quote from Ustaz Pahrol Mat Joi

Pay Now Play Later NOT Play Now Pay Later


Blog EntryNov 29, '11 10:07 AM
for everyone

Usaha nak dapat akhlak Rasulullah tanpa risau keuntungan dunia pada diri. oh diri, Bahagialah diri andai kau menyuburkan akhlaknya dalam diri...



Blog EntrySep 20, '11 11:12 AM
for everyone

tiada amal yg layak kau banggakan dlm hati kecilmu...

kerna tiada yg bisa tahu ia diterima bahkan dirimu sendiri...

hanya DIA saja yg Maha Tahu yg berkuasa untuk menerima atau menolaknya

YA Allah..Irhamna Ya Rahman...

Hapuskan riak dr hati kami...

jangan biarkan kami perasan dgn diri sendiri...ameen...


Blog EntrySep 13, '11 9:59 AM
for everyone

wanita menjaga diri

lelaki menahan diri


Link: http://www.israel-vs-palestine.com/US/EN/tab/comments

Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului..
Anda ambil berat kan? Adakah anda semua ingin nama palestin hilang di google Earth?Jadi Jom undi Palestin!

Blog EntryJul 21, '11 10:35 AM
for everyone

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dalam Tanyalah Ustaz Episod 181 2011 bertajuk Isra' Mikraj Dan Wanita. Dimana Rasulullah S.A.W. mengingatkan kepada kaum wanita sebanyak 3 kali supaya banyak bersedekah. Kata Datuk Abu Hasan Din berkata bahawa ramai ulama' bersetuju bahwa hikmah bersedekah ada dua:

- Pertama, sedekah dapat mengurangkan keinginan mengumpat.

- Kedua, sedekah dapat mengurangkan dosa mengumpat.

Ini kerana, dua penyebab wanita ramai menjadi penghuni neraka adalah mengumpat dan tidak bersyukur dengan suami.

Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ ( orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” 

(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dalam Tanyalah Ustaz Episod 181 2011 bertajuk Isra' Mikraj Dan Wanita. Dimana Rasulullah S.A.W. mengingatkan kepada kaum wanita sebanyak 3 kali supaya banyak bersedekah. Kata Datuk Abu Hasan Din berkata bahawa ramai ulama' bersetuju bahwa hikmah bersedekah ada dua:

- Pertama, sedekah dapat mengurangkan keinginan mengumpat.

- Kedua, sedekah dapat mengurangkan dosa mengumpat.

Ini kerana, dua penyebab wanita ramai menjadi penghuni neraka adalah mengumpat dan tidak bersyukur dengan suami.

Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ ( orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” 

(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

 

 

VideoJul 10, '11 7:49 AM
for everyone
Mengenai Doa



Blog EntryJun 17, '11 11:17 PM
for everyone

PENDAHULUAN

 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Artikel ini saya kongsikan sebagai berita gembira untuk umat Islam, bukan bahan untuk bermegah-megah bahawa umat Islam semakin ramai. Yang penting ialah kualiti seseorang Muslim, bukan kuantiti. Juga yang penting ialah ramai tapi bersatu, bukan ramai tapi berpecah-belah. Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

 

STATISTIK TERKINI UMAT ISLAM SEDUNIA

 

Penduduk Muslim 2010: Asia Pasifik 1,005,507,000 (62.1%). Timur Tengah dan Afrika Utara 321,869,000 (19.9%). Afrika Sub-Sahara 242,544,000 (15.0%). Eropah 44,138,000 (2.7%). Amerika 5,256,000 (0.3%). Jumlah 1,619,314,000 (100%). Jangkaan Penduduk Muslim 2030: Asia Pasifik 1,295,625,000 (59.2%). Timur Tengah dan Afrika Utara 439,453,000 (20.1%). Afrika Sub-Sahara 385,939,000 (17.6%). Eropah 58,209,000 (2.7%). Amerika 10,927,000 (0.5%). Jumlah 2,190,154,000 (100%) Sumber: Pew Research Center's Forum on Religion & Public Life, The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011).

 

Nota: Statistik yang dikemukakan oleh Pew Research Center tidak selaras dengan statistik CIA. Namun saya paparkan juga untuk tujuan perbandingan.

 

JUMLAH UMAT ISLAM SUDAH ATASI JUMLAH KRISTIAN

 

Ia fakta yang telah diketahui umum. Islam adalah agama terbesar di dunia dari segi jumlah penganut yang mempraktikkan Islam (practising followers). Kini Islam juga merupakan agama terbesar dari sudut jumlah kasar (gross numbers). Menurut statistik Agensi Perisikan Pusat, Amerika (CIA), jumlah penduduk Islam telah meningkat dari 1.6 bilion pada tahun 2005 ke 1.84 bilion pada Ogos 2007.

 

Ada dua sebab mengapa hal ini berlaku: (1) Peningkatan pantas jumlah saudara baru Islam (2) Peningkatan pantas penduduk Islam (faktor kadar kelahiran).

 

1) Peningkatan pantas jumlah saudara baru Islam.

 

Menurut Universiti Chicago, 300 hingga 400 warga Amerika kembali kepada Islam setiap hari. Islam adalah agama kedua terbesar di kebanyakan negara Barat termasuk Amerika dengan lebih dari 10 juta umat Islam, dan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah ini adalah saudara baru. 70% dari saudara baru adalah wanita. Menurut laporan EU, penduduk Muslim di Eropah akan meningkat tiga kali ganda dalam masa 10 tahun.

 

2) Peningkatan pantas penduduk Islam

 

Negara-negara seperti Pakistan, India, Bangladesh, Indonesia, Malaysia dll, seramai 3,500,000 Muslim lahir setiap tahun. Kadar kelahiran umat Islam naik pantas sedangkan di kalangan umat Kristian ianya menurun. Kristian kalah dari segi bilangan ini berbanding Islam, Buddha, athiest dan lain-lain falsafah timur. Jumlah terkini umat Kristian ialah 1.8 bilion penganut.

 

Memang benar bahawa dari jumlah 1.84 bilion Muslim, bukan semuanya Muslim yang sebenar. Tapi hal itu serupa saja dengan penganut Kristian, bukan semuanya Kristian yang sebenar. Mereka iktiraf JW dan lain-lain sebagai Kristian. Walau bagaimana pun, mana-mana puak yang tertolak telah diambilkira dalam statistik yang dikeluarkan.

 

PERBANDINGAN JUMLAH ISLAM VS KRISTIAN

 

Berdasarkan statistik 2007 yang dikeluarkan oleh CIA: Roman Katolik 16.99%, Protestant 5.78%, Ortodoks 3.53%, Anglicans 1.25%. Jumlah Kristian ialah 33.3%. Perhatikan peratusan Roman Katolik, yang merupakan mazhab tunjang dalam agama Kristian, malah secara umumnya Kristian seolah-olah sinonim dengan mazhab Roman Katolik (yang berpusat di Vatican). Jumlah 16.99% Kristian dari penduduk dunia itu sebenarnya sudah ketinggalan berbanding jumlah penganut agama Islam: Muslim 21.01%.

 

Dari segi jumlah kasar (gross number): Kristian 1.8 bilion. Muslim 1.84 bilion. (setakat 2007).

 

Hal ini telah menimbulkan kegusaran di kalangan pemuka Vatican. Pada 28 Mac, 2008, Gereja Vatican telah mengisytiharkan menerusi akhbar Vatican, L'osservatore Romano: Islam telah mengatasi Kristian Roman Katolik sebagai agama terbesar di dunia. Untuk pertama kali dalam sejarah, Kristian tidak lagi menduduki tempat pertama kerana sudah diatasi oleh Islam. Wakil Vatican berkata dalam satu temuramah dengan Akhbar Vatican bahawa Roman Katolik mewakili 17.4% dari penduduk dunia sedangkan Muslim mewakili 19.2%. Data adalah merujuk tahun 2006. ( Data mengenai Muslim dikumpulkan oleh negara Islam kemudian dihantar ke Bangsa-Bangsa Bersatu).

 

 

KERISAUAN PUAK KRISTIAN

 

Para pemuka agama Kristian Roman Katolik ada sebab-sebab jelas mengapa mereka menjadi risau berikutan perkembangan ini. Mereka sudah tahu bahawa nisbah bilangan umat Islam itu tidak akan dapat diatasi lagi di masa akan datang. Bila nisbah umat Islam sudah mengatasi nisbah umat Kristian, maka jurang nisbah itu semakin hari semakin besar. Ada dua sebab paling utama mengapa hal ini berlaku:

 

(1) Kadar Kelahiran Umat Islam Lebih Tinggi

 

Keluarga Muslim terkenal mempunyai ramai anak sementara Roman Katolik mempunyai anak yang semakin sedikit. Institusi keluarga Muslim yang stabil membolehkan kehidupan keluarga bahagia dan saling sayang menyayangi. Umat Islam tidak menganggap bertambahnya ahli keluarga sebagai beban, malah menganggapnya sebagai aset.

 

(2) Peningkatan Mendadak Saudara Baru

 

Terutamanya setelah fitnah WTC 911, bila mana banyak statistik mengenai umat Islam mula direkod dengan lebih kemas, didapati bahawa jumlah saudara-saudara baru Islam secara komparatif telah meningkat, bukan menurun (sebagaimana yang diharapkan oleh Yahudi Zionis). Penduduk di Barat telah secara senyap-senyap mendapatkan maklumat mengenai Islam menerusi membaca buku, melayari laman-laman web serta menonton video di internet. Sebahagian dari mereka ini telah secara senyap-senyap mengucap syahadah dan melakukan ibadah sebagai Muslim, dan hanya diketahui oleh keluarga mereka setelah beberapa tahun mereka kembali kepada Islam.

 

Inilah yang paling merisaukan pihak Vatican. Telah wujud begitu banyak maklumat-maklumat benar mengenai Islam dari sumber-sumber berwibawa di internet. Ia termasuklah terjemahan Al-Qur'an, terjemahan Hadis, video-video ceramah mengenai Islam dan penerangan-penerangan mengenai bagaimanakah jika mahu memeluk Islam dsb. Masjid-masjid di Barat dan badan-badan dakwah telah berusaha gigih menerangkan mengenai Islam, bahawa agama yang suci ini bukanlah agama yang menggalakkan keganasan, tapi menggalakkan kehidupan harmoni lagi aman damai.

 

Paling jelas, mana-mana saudara baru Islam di Barat adalah berkualiti. Mereka adalah bijakpandai. Sebahagian dari mereka adalah para Pendeta Kristian yang sudah berpuluh tahun menjadi pendakwah Kristian, malah mereka ini lahir dalam keluarga yang taat mengikut ajaran Kristian. Setelah mereka memeluk Islam, mereka menjadi pendakwah Islam yang terkenal, malah telah berjaya mengajak ibubapa dan adik-beradik mereka kembali kepada Islam.

 

Saudara-saudara baru yang berkualiti ini adalah individu-individu yang disegani di kawasan-kawasan tempat mereka tinggal. Sebahagiannya adalah doktor, pensyarah, jurutera, saintis, pemberita, jurnalis dsb yang tentunya berinteraksi dengan ramai orang. Mereka berjaya mengajak kawan-kawan bukan Islam untuk datang ke masjid, agar mereka ini nampak dengan mata kepala sendiri bagaimanakah umat Islam melakukan solat, dan bahawa di masjid tidak ada patung-patung. Sebahagian dari kawan-kawan yang datang ke masjid ini kemudiannya telah kembali kepada Islam, mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kawan-kawan mereka.

 

Wujudnya senario bila mana saudara-saudara baru yang berkualiti ini memutuskan bahawa Islam adalah agama yang sebenar bukanlah satu perkara yang berlaku sekelip mata. Mereka ini telah mengkaji berbagai-bagai agama lain dan membuat perbandingan. Mereka juga telah mengkaji Kristian Roman Katolik dan telah mengemukakan berbagai soalan kepada para paderi. Mereka sudah yakin kepada Islam sebelum memeluk Islam!

 

Keadaan ini (saudara baru yang berkualti) amat sukar diperolehi oleh Kristian Roman Katolik. Mereka tahu bahawa sesiapa yang mengkaji sendiri dan membandingkan agama-agama amat sukar menemui apa yang dikatakan kebenaran hakiki dalam agama Kristian, terutama setelah mengkaji Bible. Kerana itu, mereka lebih percaya pada 'Christian by default' iaitu melalui kelahiran, kemudian ibubapa akan membawa anak-anak ke gereja untuk dibaptis.

 

Pada 31 Ogos 2005, Pope Benedict VII memaklumkan kepada umat Katolik agar melahirkan lebih banyak anak. Mengapakah Gereja Roman Katolik perlu bergantung kepada kadar kelahiran dan bayi? Kerana orangramai tidak menukar agama menjadi Kristian Katolik berdasarkan pada kajian terhadap Bible. Ringkasnya, jika seseorang itu mengkaji Bible untuk mencari 'kebenaran', maka mereka tidak akan menemukannya.

 

Contoh mudah: Jesus dikatakan oleh Kristian Roman Katolik sebagai Tuhan. Tapi Jesus (Tuhan) telah dibunuh. Alasan mereka (bahawa Tuhan Jesus membiarkan dirinya disalib) ialah untuk mengampunkan dosa umat Kristian. Tapi umat Kristian masih perlu 'diampunkan dosanya' oleh paderi yang berkelayakan dengan membeli Sijil Pengampunan!

 

GEREJA BERTUKAR MENJADI MASJID

 

Sebenarnya hal ini merupakan kempen secara langsung kepada para penganut Kristian Roman Katolik supaya mengkaji dengan lebih lanjut mengenai sebab-sebab gereja sudah tidak ada pengunjung, ditutup, kemudian dibeli oleh orang Islam, lalu dijadikan masjid. Tidak dapat tidak, mereka akan mengkaji kenapa para penganut Kristian kembali kepada Islam di benua Eropah dan Amerika. Dulu mereka amat kurang mengetahui mengenai Islam, tapi pada masa kini mereka dalam senyap-senyap sudah membaca terjemahan Al-Qur'an, dan melihat kawan-kawan mereka yang dulunya ke gereja, kini sudah ke masjid.

 

Beribu-ribu gereja di Eropah dan Amerika sudah ditutup kerana bilangan 'practising Christians' sudah berkurangan. Bilangan gereka yang ditutup bertambah, bukan berkurang. Sebahagian besar dari gereja-gereja ini sudah menjadi masjid, dan dipenuhi oleh 'practising Muslims' yang dulunya (kebanyakannya) beragama Kristian.

 

KESIMPULAN

 

Nota ini tidak bertujuan merendah-rendahkan para penganut agama Kristian Roman Katolik. Sebagai seorang Muslim, saya sendiri menganggap bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Bila sampai masa yang dikehendakiNya, maka berbondong-bondonglah penduduk Barat kembali kepada Islam, dan mereka menjadi umat Islam yang berkualiti, yang mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka bukan masuk Islam pada nama saja. Sebahagian dari mereka masih mengekalkan nama Kristian, tapi mereka adalah Muslim yang berkualiti. Mereka ini malah patut menjadi contoh teladan kepada umat Islam di Timur apatah lagi di Timur Tengah.

 

Mengapa? Kerana keperibadian mereka, jelasnya cara mereka berinteraksi sesama mereka dan bila berhadapan dengan bukan Islam, adalah berhemah lagi bersopan. Mereka berdakwah menerusi peribadi yang baik. Mereka elakkan dari bergaduh, tuduh-menuduh atau mempersendakan sesama sendiri. Sebaliknya mereka berpakat dan menyusun strategi dan taktik yang mantap untuk meramaikan saudara-saudara baru Islam yang berkualiti. Mereka menjalani cara hidup yang 'Islamik' dan mereka Muslim. Maka sesiapa yang memperhatikan cara hidup mereka akan tertarik kepada Islam.

 

Adakah kita yang lahir dalam keluarga Muslim telah menjadi contoh teladan yang baik kepada sesiapa saja kawan-kawan kita yang bukan Islam? Maksudnya, adakah mereka nampak bahawa kita adalah 'practising Muslims'? Berdakwah tidak semestinya menyeru mereka secara terus-terang agar masuk Islam. Itu dakwah secara langsung. Dakwah secara tidak langsung mungkin lebih dialu-alukan tanpa disedari. Apa dia?

 

Mereka lihat kita menunaikan janji apabila berjanji. Mereka lihat kita solat bila masuk waktu. Mereka rasa lebih senang bila bersama dengan kita berbanding bila bersama rakan seagama dengan mereka. Mereka lihat kita hormat pada mereka. Mereka lihat kita memahami mereka dan tidak merendah-rendahkan pegangan mereka dsb. Ada lagi? Ada:

 

Mereka lihat kita sesama Muslim tidak bergaduh, tidak tuduh-menuduh, tidak kafir-mengkafir antara satu sama lain. Mereka dapat lihat golongan ulama' menyeru kepada perpaduan, bukan kepada perpecahan. Mereka lihat walaupun ada perbezaan pendapat, namun umat Islam tidaklah hingga bergaduh sesama sendiri, malah saling faham-memahami. Mereka lihat umat Islam bijak dalam politik dan amalkan politik yang sihat dsb. Ada lagi? Ada:

 

Mereka dapat lihat bahawa umat Islam tidak minum arak, tidak berjudi, tidak berzina. Mereka dapat lihat umat Islam jadi kuat kerana sistem zakat. Yang kaya membantu yang miskin hingga sukar untuk ditemui umat Islam yang miskin. Mereka dapat lihat bahawa umat Islam adalah berkualiti, membaca Al-Qur'an, memahaminya, dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari. Mereka lihat umat Islam maju kerana berpegang teguh pada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah. Mereka lihat umat Islam hormat kepada alim ulama' kerana alim ulama' melakukan dakwah bukan kerana wang atau kerana sesuatu kepentingan peribadi bersifat duniawi, tapi semata-mata kerana Allah SWT. Banyak contoh baik yang mereka dapat lihat.

 

Sudah wujudkah contoh-contoh yang baik itu di Timur? Ia sudah wujud, namun mungkin kualitinya belum memuaskan hingga boleh mencapai tahap bahan dakwah secara tidak langsung. Orang Islam ramai, tapi yang 'Islamik' atau apa yang mereka (bukan Islam) sebut sebagai 'practising Muslims' tidak ramai. 'Practising Muslims' bukan terletak pada melaksanakan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji. 'Practising Muslims' menjadikan cara hidup mereka keseluruhannya menurut suruhan Islam. Maknanya, mereka solat dan mereka tidak terima rasuah. Mereka solat dan mereka tidak pecah amanah. Mereka solat dan mereka saling hormat-menghormati dan faham-memahami sesama mereka. Mereka solat dan mereka bersungguh-sungguh untuk jadi contoh teladan yang baik.

 

Semoga Nota yang tidak sepertinya ini boleh jadi bahan renungan saya dan sahabat-sahabat yang sudi memikirkannya. Mudah-mudahan kita akan berubah menuju tahap 'practising Muslims' yang boleh jadi contoh. Mungkin ilmu agama kita tinggi, tapi mungkin masih ada tindak-tanduk kita yang belum benar-benar mencerminkan ketinggian ilmu yang ada pada kita itu dipraktikkan dengan baik. Kita mungkin popular dan sering berceramah di sana-sini, tapi mungkin ada terselit kata-kata yang kurang manis didengar atau tidak sesuai untuk dikatakan oleh orang berilmu seperti kita. Kita sendiri perlu berubah, bukan orang biasa saja yang perlu berubah.

 

Ringkasnya, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kini sudah jadi kenyataan bahawa umat Islam adalah paling ramai di atas muka bumi. Namun kita perlulah menjadi Muslim yang berkualiti, lagi diredhaiNya.

 

Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan dalam Nota ini. Sebagai seorang yang jahil, saya sekadar berkongsi pendapat sesuai dengan kejahilan saya. Semoga ada manfaatnya pada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kesemuanya.

 

Sumber Rujukan: www.islamicpopulation.com/source.htmlwww.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2119rank.html, en.wikipedia.org/wiki/CIA_World_Factbook,www.religioustolerance.org/worldrel.htm


Diambil dari http://www.facebook.com/notes/hibatullah-yusof-al-haj/kini-umat-islam-paling-ramai-di-dunia/223504927668511


Blog EntryMay 28, '11 8:11 AM
for everyone
anugerah terbaik bagi pencari dan pencinta ilmu mengenal Allah seperti saya yang fakir dan lemah ini ialah apabila ditemukan dengan guru2 yang benar dan tatkala bertemu dgn mereka yg berfikiran sedikit pelik dan saya hampir terpengaruh tapi Allah temukan saya dengan mereka yang menyedarkan saya bahawa itu salah...SubhanAllah Alhamdulillah.





Blog EntryMar 12, '11 3:19 AM
for everyone

Kawan-kawan aku dah makin ramai yg dapat baby...alhamdulillah...ada jgk yg baru je bernikah....alhamdulillah...pastinya insyaAllah bakal timang baby yg kiut miut...saja share dengan korang semua tentang menyambut kelahiran ikut cara seperti dalam sunnah Nabi Sallallahu a'laihi wassalam. moga dgn menyambut baby ikut cara Nabi s.a.w ni...jadi sebab Allah mudahkan kita semua menunaikan amanah dlm membentuk generasi yang beriman...soleh dan solehah..ameen...doakan saya pon diizinkan Allah untuk melahirkan hamba Allah, umat Muhammad s.a.w yg berkualiti..ameen:P

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. 

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. 

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. 

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan. 

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. 

Memberikan nama yang baik

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud

 Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

   Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya". Riwayat abu Daud

  Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak. 

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ......(sebut nama anak)....

Gesaan Aqiqah : 

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

  Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah: 

Hikmah kesihatan. 

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan. 

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

6. Menyusukan Anak. 

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata 

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

 Khurafat yang perlu ditinggalkan (Adat Cukur Jambul)

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

 


Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.  

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.

Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya?

Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak,

maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun.

Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).

Jangan ada takbur, cinta pasti hancur.

Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina.


Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. T

idak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan.

Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.


Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah.Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah.

Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya.

Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!


Link: http://www.alhawi.net/

Selain itu untuk tahu cara untuk mendapatkan CD koleksi qasidah-qasidah beliau secara percuma. Boleh klik http://www.alhawi.net/mutiara-qasidah


Blog EntryFeb 3, '11 2:07 AM
for everyone
Assalamua'laikum semua...

Semalam, saya ke PPUM...ada hal hantar seseorang yang sakit...teringat last time saya ke PPUM adalah pada 2009 atau 2008. masa tu dapat GL untuk dapatkan rawatan di sana sebab diuji Allah dengan satu penyakit yg agak pelik. Bell palsy...tu lah namenya...bermula dengan mata saya tak blh bergerak sebelah...kemudian mulut terasa kebas sebelah. dalam masa sehari bahagian kiri muka saya  tak boleh bergerak. nak senyum tak boleh. kata omputeh, paralyzed...sedih...mata kiri tak boleh tertutup dan berkelip sama sekali. pergi ke klinik...sentiasa berair. doktor kata memang tak de ubat tapi insyaAllah dalam masa lebih kurang 2 minggu sakit ini akan hilang. alhamdulillah..lega juga rasa bila dengar camtu. kesian nak bercakappun tak boleh dengan betul, orang susah nak faham. dalam tempoh tu, cuba la ikhtiar. pergi ke darul syifa, alhamdulillah ada rasa kurang sikit. akhir sekali baru ke PPUM, dan dapatkan fisioterapi di sana. kaedahnya...kena berikan getaran pada bahagian muka yang diserang sakit ini, jadi saya guna je eye massager untuk lancarkan semua peredaran darah di bahagian muka saya. syukur dalam masa kurang seminggu muka saya pulih. dalam tempoh masa tersebut, antara perasaan yang timbul selain rasa sakit ialah rasa malu dam sedih. 

Eye massager

terdetik mengimbau kenangan ini sebab semalam di PPUM ketika makan bersama keluarga, ada seorang lelaki yang berusia mungkin sebaya saya, diserang bell palsy. doa saya agar dia sabar dengan ujian Allah ke atas dia dan terus berikhtiar sehingga sembuh seperti sediakala..ameen...

Blog EntryJan 28, '11 9:32 PM
for everyone


Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
 
IBN Jauzi di dalam tafsirnya Zad al-Masir berkata: Sebab turunnya ayat ini ialah orang musyrikin berkata; Muhammad akan pulang dan kembali kepada agama kita sebagaimana kembali kepada kiblat kita. Inilah juga pendapat Qatadah.
Allah berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)
Firman Allah, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. Ibn `Abbas berkata: Minta tolonglah atas menuntut akhirat dengan kesabaran dalam menunaikan segala fardu dan dengan solat.
 
Kita akan memperincikan dua jenis permohonan yang disebut oleh Allah iaitu kesabaran dan solat. Justeru akan diperincikan kedua-duanya. Pertama, kesabaran. Ia adalah ketetapan hati dalam menanggung kesukaran begitu juga dengan ujian dan tribulasi.
 
Sabar merupakan seberat-berat amalan batin atas jasad. Sedangkan solat seberat-berat amalan zahir atasnya. Justeru dengan digabungkan dua perkara sudah pasti membawa kelebihan yang besar, sebagaimana kata Syeikh al-Maghari. Sebagai melengkapkan lagi perbincangan ini, dinukilkan dari buku La Tahzan (Jangan Bersedih) di bawah tajuk Jadikan Buah Lemon Itu Minuman Yang Manis. Antara lain katanya: Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan, sedangkan orang bodoh akan membuat sesuatu musibah menjadi bertompok dan berlipat ganda.
 
Semasa Rasulullah s.a.w diusir dari Mekah, baginda memutuskan untuk mendiami Madinah dan kemudian berhasil membangunkannya menjadi sebuah kota tamadun yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah. Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera tetapi kerananya pula beliau menjadi imam salah satu mazhab. Ibn Taimiyah pernah dipenjara tetapi disanalah beliau banyak melahirkan karya yang agung.
 
Al-Sarkhasi pernah dikurung di pelosok telaga bertahun-tahun tetapi tempat itulah beliau menggarap 20 jilid buku. Ketika Ibn al-Athir dipecat dari jawatannya, dia berjaya menghasilkan karya besarnya yang berjudul Jami’ al-Usul dan al-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam ilmu hadis. Begitu juga dengan Ibn al-Jauzi yang pernah diasingkan di Baghdad dan kerana itu dia menguasai qiraah al-Sab`ah (bacaan al-Quran atas tujuh qiraat).
 
Malik bin al-Gharib menderita dengan penyakit yang boleh membunuhnya namun dia mampu menggubah syair-syair yang sangat indah sehingga menandingi penyair besar zaman Abasiyah.
 
Seterusnya begitulah ketika tertimpa sesuatu musibah anda seharusnya melihat sisi yang paling terang daripadanya ketika seseorang memberi anda segelas air lemon anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain. Apabila disengat kala jengking ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan kepada tubuh anda dengan bisa ular.
Justeru kendalikan diri anda dalam pelbagai kesulitan yang dihadapi. Dengan itu anda dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami.
 
*Solat
Kedua, solat. Ini kerana solat merupakan thiqah dengan Allah. Justeru pertolongan Allah pasti datang dengan sebab mengabdikan diri kepadanya dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah sehingga menjadikan solat cahaya mata dalam kehidupannya. Akhirnya dinaqalkan pendapat Sayid Qutub yang berkata: Kesabaran seringkali disebutkan di dalam al-Quran kerana Allah mengetahui betapa besarnya daya usaha yang gigih yang diperlukan oleh pendirian yang teguh dan jujur untuk mengikuti jalan Allah di tengah-tengah pelbagai godaan keinginan dan dorongan. Ia mememerlukan daya usaha yang gigih untuk perjuangan berdakwah kepada Allah di muka bumi ini.
 
Mereka iaitu pendakwah dan penjuang memerlukan hati yang tenang, tenteram serta sentiasa bersiap siaga dan berwaspada menghadapi sebarang rintangan sama ada dalaman atau luaran.
 
Kesabaran dan kegigihan itu diperlukan dalam semua bidang ini. Kesabaran untuk melaksanakan ketaatan-ketaatan dan menjauhi maksiat, kesabaran menentang penderhaka-penderhaka kepada Allah, kesabaran menghadapi aneka ragam tipu daya, kesabaran menunggu pertolongan yang lambat tiba.
Kesabaran berjalan di jalan yang jauh, kesabaran menghadapi perkembangan kebatilan, kesabaran menghadapi kekurangan pembantu, kesabaran menjalani jalan berduri yang panjang, kesabaran menghadapi penyelewengan-penyelewengan manusia dan kesesatan mereka dan kesabaran menghadapi kedegilan yang berat dan penolakan yang pedih.
 
Apabila mengambil masa yang terlalu lama dan berhadapan dengan usaha yang sukar, kadang-kadang kesabaran menjadi lemah atau terus hilang andainya di sana tidak ada bekalan yang baru. Oleh kerana itulah Allah gandingkan kesabaran dengan ibadat solat. Ini kerana ibadat solat merupakan sumber bekalan jiwa yang tidak pernah kering dan habis.
 
Ia adalah sumber yang memulihkan tenaga dan memperbaharui bekalan kepada hati kerana itu ia dapat memanjangkan tali kesabaran dan menjadikannya tidak putus. Kemudian ia menokok kepada kesabaran itu kerelaan, kepuasan ketenteraman, kepercayaan dan keyakinan.
 
Manusia yang fana’ lemah dan terbatas pasti mempunyai hubungan dengan kekuatan Ilahi yang agung di mana ia dapat mencari pertolongan apabila daya tenaga dan kemampuannya melewati batasnya. Apabila jalan perjuangan dirasa begitu lama dan jauh berbanding usianya yang terbatas kemudian ia melihat perjuangannya masih belum sampai ke mana-mana sedangkan hari sudah senja. Dia masih belum mencapai sesuatu kejayaan sedangkan matahari usianya hampir jatuh, juga apabila dia mendapat kejahatan berkembang subur dan kebaikan merosot dan terperosok di mana tiada cahaya kelihatan di ufuk dan tiada tanda di jalan.
 
Di sini ketaralah dengan jelas nilai ibadat solat, ia merupakan hubungan secara langsung di antara manusia yang fana’ dengan kekuatan yang kekal abadi.

Sumber: Utusan Malaysia 27/09/2006
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


Blog EntryJan 22, '11 5:45 AM
for everyone
"Mengharapkan sesuatu yang tidak ditakdirkan dalam Lauh Mahfuz
adalah keangkuhan dan sama dengan meminta sesuatu yang bukan
hakmu. Sedangkan, bangga dengan anugerah yang kamu dapatkan
dapat membuatmu lupa dan melalaikan Yang Maha Memberi, sehingga
kamu terjerumus dalam kesombongan yang mengakibatkanmu tercela.

Sikap terbaik adalah tidak memikirkan apa yang tidak kamu miliki
(yakni, tidak mengatur takdir bersama-Nya) dan berbahagia dengan
apa yang kamu dapat sesuai dengan takdir yang telah ditentukan,
disertai kesedaran bahawa anugerah diperoleh kerana kasih sayang
Allah semata."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

VideoJan 7, '11 10:33 AM
for everyone



NoteCoretan Tetamu
   
rempahratus wrote on Jan 4
Assalamu`alaikum wmt..
Terima kasih Syura kerana sudi approve as friend.
Banyak artikel menarik dan info berguna di sisi..
Alhamdulillah, saya suka membacanya...
Selamat berkenalan dan salam ukhuwah dari saya.. :)
solentura wrote on Nov 21, '11
This blog is so nice, I wish I had such a fine design on mine. :D
By the way, mkv file player is really good.
http://freemkvplayer.net/
natellawilson wrote on Nov 11, '11
Hello! My name is Natella and I just passed by your blog and I must say I like it a lot! It is absolutely adorable and cute! youtube to mp4 converter
scottishbastard wrote on Nov 8, '11
Your profile is so cute and pink! And I really love the flowers and the sparkling frames. :D
Do you know how to play vob files?
http://vobplayer.org/
nombre897 wrote on Nov 2, '11
Very nice profile!
WMV player free download
stefaniess wrote on Oct 11, '11
Hello! I would like to grab your attention for a minute and telly you some information about Screen Capture Software http://freescreenrecorder.net/ It is free software program that records all the motions of your screen!
deborahsmith wrote on Aug 12, '11
Halo! Memiliki hari yang baik, teman saya!


YouTube converter
asyzsufi wrote on May 7, '11
safeazinnirah: wa'alaikumussalam warahmatullah...terima sudi berziaah disini:)
sofeazinnirah89 wrote on Apr 17, '11
^_^..Assalamualaikum...salam ukhuwah..:)
asyzsufi wrote on Dec 24, '10
salam kak...apa khabar?
waalaikumussalam puteri nasrah yg diingati...alhamdulillah akak sihat je...wa anti?

buat ape skrg? dimane?huhu...byk nak tau plk:)
masturaa wrote on Dec 21, '10
salam kak...apa khabar?
asyzsufi wrote on Oct 28, '10
mrswanz said
Salamun Aleykoum ya tuan umah....sihat ke?
lama x dgr kaba.

add sy kt cni

http://www.facebook.com/ema.El.wanz



waalaikumussalam warahatullah

alhamdulillah sihat...insyaAllah...

jap lagi saya add:)
mrswanz wrote on Oct 22, '10
Salamun Aleykoum ya tuan umah....sihat ke?
lama x dgr kaba.

add sy kt cni

http://www.facebook.com/ema.El.wanz



dhikrdo wrote on Sep 9, '10
dhikrdo wrote on Aug 10, '10
bocahmuar wrote on Aug 10, '10
b4h4rsj wrote on Jul 31, '10
Tipsone.Com - Tips dan trik komputer, Facebook, blog, website, multiply themes, wordpress themes, adsense, windows, tutorial, trouble shooting, review software gratis, freeware, game gratis, Design photoshop,flash animasi, blogging, bisnis, software internet,seo, aneh tapi nyata, gambar aneh, download, artikel terbaru, mp3.. visit http://tipsone.com
b4h4rsj wrote on Jul 31, '10
Tipsone.Com - Tips dan trik komputer, Facebook, blog, website, multiply themes, wordpress themes, adsense, windows, tutorial, trouble shooting, review software gratis, freeware, game gratis, Design photoshop,flash animasi, blogging, bisnis, software internet,seo, aneh tapi nyata, gambar aneh, download, artikel terbaru, mp3.. visit http://tipsone.com
asyzsufi wrote on Jul 12, '10
wslm ema....alhamdulillah sihat.....terima kaseh sebab sudi jejalan kat rmh saya ni....lagi....